Friday, September 6, 2013

FRIM time!!



Salam

Dear all.how to handle your stress?
Bukan nak kata aku tengah stress pon, saje nak tahu what will you do when you are stress.
                                                            (stress=talk to no one)

btw, ramai orang suka physical activities dan outdoor activities kan.
bagi sesiapa yang ada bajet besaq, boleh la hangpa pi jalan jauh2, overnight bermalam2.
tapi bagi sesiapa yang berbajet rendah macam aku, haaa.... anda masih boleh berpoyo-poyo berpoya-poya.

so, yang paling terdekat sekali ialah FRIM.
sesiapa yang dah pergi, very good, sesiapa yang belum, curilah masa pergi sana.

masa pon kena curi sekarang ni, punyalah busy! <---- br="" buka="" haku..=""> Sesiapa pencinta wanita alam mesti suka pergi sini.

1. Jungle trekking

uolss boleh jalan-jalan sambil menghirup air udara segar, pokok-pokok dengan litupan kanopi yang menarik.
kalau anda bertuah pada hari itu, sila parking depan padang dan menyaksikan abang-abang hensem main bola jaring sepak. jangan lupa pom-pom sekali.untung-untung abg hensem tu hadiahkan gol!


Di awal perjalanan semestinya gumbira, bertenaga dan excited!
Jangan dilupa camera OK...


bekalan duniawi dan ukhrawi jangan dilupa ye..abes kau dah penat bejalan nak menggagau makan ape..


tengok tu canopy pokok sangat lah cantik, Subhanallah.. takde pon nak clash-clash.. korang je yang yang suke clash-clash bagai.

2. Canopy walkway...

Kat sini ade canopy walkway...jambatan gantung..bes la jgk..tapi time cuti, ramai gila umat, puas nak beratur tunggu turn jalan kat jambatan gantung tu..but, worth it la penantian tu..heh

Nak sampai ke walkway tu, korang mestilah mempunyai azam yang tinggi ye sebab kena panjat bukit.aha!


berdasarkan gambar diatas, ade nampak tak darjah keazaman yang melambung tinggi!!!


kalau penat, takde siape nak larang korang daripada rehat sekejap..sambil-sambil rehat, boleh la cuci mata orang yang lalu lalang..baru hilang penat!! ahahhaha


nampak tak muka penat disitu..


biaselah..sementara tunggu turn, ada la faedah nye kita mengabadikan barang sekeping dua potret..


kot-kot la beruntung, ade pulak la tourist japan kat belakang kitorang..ni bukan kitorang yang nak mintak bergambar taw, diorang yang nak..haa..jangan jeles..

bermulalah penyeberangan!!! 
jambatan goyang-goyang!!!

ade pitstop...bergambarlah..ape lagi!!
view dari skybridge~

berhenti lagi...

huargghh..sape takut tinggi, pandai-pandai la ye..

3. Mandi sungai...

So, setelah berhempas pulas panjat-panjat pokok bukit tu, anda boleh la melegakan urat-urat kaki tangan yang dah longgar-longgar tu.. sangat lega bila berendam dalam air sejuk...refreshing!!! dont miss it!!

cik akak bersukeria!
makanan yang diusung sepanjang perjalanan, time ni lah kita nikmati nya..setelah penat lelah, perut lapar, so memang nasi lemak yang sejuk pun sangat la menyelerakan!! ahah

KESIMPULAN

Hargai dan nikmatilah keindahan yang ada...cherish your every single moment!!!



Thursday, April 11, 2013

FOBIA



Dear all.

Semenjak kecil lagi, tak pernah ketahuan pulak aku ni takut atau fobia dengan apa-apa benda.
Kira jenis yang semua boleh lentung jela.
Panjat tinggi-tinggi? no hal


Masuk air? takut sikit2 je..tapi still boleh enjoy!


Fobia dengan lelaki? tak kahwin la i nanti...tet!

Takut gelap? alahai..aku lepas je kem motivasi jalan sorang-sorang dalam gelap time darjah 6.

dan sebagai nya.senarai fobia.

Namun, pada satu hari tu, aku dan kawan kena panjat bangunan untuk gantung banner program..
di sebabkan sekarang ni dah ketandusan lelaki, maka yang gegurl la buat semua benda.
then, kitorang nak gantung dari tingkat 1, tingkat  1 je pon..tapi kena panjat dinding separuh untuk menggantung. dan nye, ruang untuk pijak kat tempat gantung tu hanya la lebih kurang 1 kaki je..depan tu terus tak ada apa-apa la..kau boleh terjun bawah terus!
time tengah dok ikat2 banner tu tiba-tiba la aku ni gayat semacam. rasa macam nak terjatuh, pening, nak muntah, sesak nafas, semua hado..
tapi aku gagahkan juga sampai siap semua. 
bila dah siap, satu hal pulak nak panjat balik dinding separuh tu..tinggi paras dada la..puas haku nak mengangkat kaki.


sejak dari itu, aku terus lah gayat or fobia pada ketinggian.
pergi sawah padi, pakcik tu ajak jalan atas palung air..tak tinggi pon, dalam 1 meter.tapi dalam and tepi palung tu ada air la.
gambar orang ni tepi takde air..aku punya kiri kanan penuh padi nak masak and tepi tu ade  parit air camtu.
aku ni punye lah gayat dan terhegeh-hegeh nak jalan..si Z pulak bukan main laju jalan.siap berlari-lari anak lagi..geram aku nengok nye..

kehidupan aku sekarang ni rasa kekurangan sesuatu..aku tak lagi merasai keseronokan berada di tempat tinggi..walaupon aku berada di PUNCAK alam.
Selepas insiden tu, belum try lagi pergi genting naik roller coaster ok ke tak..kalau aku rasa takut, hilang satu nikmat dunia..isk3



Wednesday, April 3, 2013

020413


ku rempuh bait-bait waktu
penanti dia di dalam mimpi
mana mungkin bayang menjadi realiti

ku berselindung di sebalik kelam malam
mengintai sang mimpi yang kini dimiliki
kudrat yang ada hanya mampu merelai

ku hitung detik-detik lalu
walau sebentar
tetap saja mengesani
tidak terlihat sepoi angin
tetap saja mensyukuri
tidak tertampak halus nya duri
tetap saja menyesali

duhai malam
jangan pernah ada mimpi
supaya tidak meghirisi
duhai Tuhan
kirimkan aku penawar hati
supaya tiada lagi bayangan mimpi
tiada lagi gundahan jiwa yang memberati
akan kubina tembok hati
supaya gagah menjalani

ampun dipinta
kerna waktu lalu tidak terisi
tiada pernah aku memberi
yang lepas tidak mungkin tergapai kembali
moga si mimpi tetap terus berlari
tinggalkan saja sekeping hati yang rapuh
agar bebas menghirup
melayari sisa-sisa hari






~deqie~2/4/13, 3:28am

Monday, February 11, 2013

Cameron Highland Time!!!!

Assalamualaikum..

Agak lama jugak menyepi..
no one cares btw...:(

pada tahap ini keinginan untuk travel amatlah memuncak!!
banyak betul halangan..
biase nye ibu tak bagi...
biase la..macam2 die risau..
kite pon tak jadi la nak pergi nye...

oh ye..baru2 ni pergi cameron highland..
tu pon sebab ade trip bwk student..hehe
dapat la jalan sekali..

20 degrees..not that sejuk pon...ahaa

ready!!!!
lompat!!!!!! urmm...not so nice

again..jump!!!thats it...not bad.. 
memang hobi kami tangkap gambar sambil melompat..ehe
bagi siapa2 yang masih belum datang ke sini..sila sila lah..
take your time..
kadang-kadang bila orang tanya, "ape ade kat cameron tu?"
payah betul soalan tu...tak reti aku nak menjawab nye..
tapi at least....cameron ade....
ladang teh..with friends..


landang teh...with besties....

ladang teh..alone...forever alone....:(
pemergian anda ke sini akan lebih bermakna kalau pergi bersama family, kawan-kawan dan orang tersayang..
just cherish the moments u have there...u'll never regret..
nak ke tempat ni masyaAllah...xnmpk sign board nye..byk kali terlepas

feeling feeling ombak rindu..

ladang teh boh...

ombak rindu...izzah: "mane abg haris ni?"...tettttt 

turun bukit....

buai laju laju...
setiap kali anda pergi ke mana-mana, u might have experienced different things..
lagi-lagi bia uolss pergi dengan orang yang berbeza-beza walau pon tempat yang sama..
last but not least...
there are so many interesting places in Malaysia to be explored and discovered...
bila ada kesempatan, sila kan lah....
jauh perjalanan, luas pemandangan... 
(>.<)




Monday, November 19, 2012

KESEMPATAN

Sebagai manusia biasa, kita hanya mampu merancang...Allah Taala juga yang menentukan..
Tidak dinafikan kita akan sering tertanya-tanya, mempersoalkan.
perkataan  seperti "kalau la die tak bla bla bla",,,selalu akan kita cakap bila sesuatu perkara tak elok tu berlaku..
ape2 pon, redha dan pasrah adalah jalan terbaik untuk menenangkan hati dan menjawab setiap persoalan.

menjadi orang yang terpilih untuk mendail 999 bukan lah sesuatu yang aku pernah terjangka..
selalu berlakon dalam latihan BSMM, atau pon emergency response team, mock drill, fire drill...
tapi kali ini memang berbeza!! its for real!!! saya ulang FOR REAL...memang2 berlaku dan kecemasan..

Dalam perjalan dari kuala pilah ke seremban..bertemankan seorang kawan, Domba, kami tidak lain dan tidak bukan semestinya melalui jalan baru bukit putus..
jalan baru, bagus je...memudahkan perjalanan compare dgn jalan lama bukit putus..
sangat bersyukur ada jalan ni...tak caye bole try lalu bukit putus lama dengan bukit putus baru..serius!


Jalan Lama Bukit Putus

Jalan Baru Bukit Putus


Ok..sedang berpot pet pot pet dengan Domba, tiba2 kami terkejut dan terdiam...
Ternampak dari jalan arah bertentangan sebuah van dengan sebuah motosikal tersepit or terlekat di sisi/tayar van tersebut..dan van tu berhenti di tengah2 jalan..
hati semestinya dapat mengagak sesuatu telah berlaku..tapi tak nampak pulak apa2 berdekatan van tersebut selain motor yang tersekat tu...
perjalan diteruskan dengan kelajuan minima of kos! sambil kepala terteleng-teleng melihat apa2 yang boleh menerangkan keadaan van tersebut..

kali ni kami mmg terkejut...tergamam...seorang mangsa terbaring di tepi jalan berhampiran divider..
dan dan dan.....tak ada sesiapa pon berdekatan mangsa dan tak ada  sesiapa pon berhenti untuk menolong mangsa..
semesti nye aku yang dok kat seat sebelah dah bising2 supaya berhenti!! bayangkan tak ada sesiapa pon dengan mangsa tu..macam tak sampai hati..dan disebabkan ktorg berdua, so ade la kekuatan sikit...
so domba berhenti tepi jalan dan terus ke arah mangsa..aku stay dalam kereta call 999...aku sure tak de siapa lagi yg report accident tu..

So, dah ada orang angkat call..operator tu tanya macam2..dkt mana, keadaan macam mana sume2..dan aku pulak time tu, dan2 tak ingat nama jalan tu..payah betul nak explain kt operator tu..dengan suara yang terketar-ketar..of kos la ketar, someone was struggling to live mase tu...akak operator tu siap cakap bertenang cik nazrieza..fuh..comfirm tak boleh..then domba ada dtg ke kereta untuk ambil surat khabar, nk tutup mangsa...mula2 mmg Domba tu sorang2 je..aku tengok dia kejap dekat mangsa, kejap jaga jalan..aku tanya keadaan mangsa mcm mana...dia kata mangsa dah nazak!! gulp.....lagi la aku tak keruan..dengan operator tu try sambungkan call ke hospital 3,4 kali baru dapat..kecewa aku..3 kali try baru pihak hospital pick up the phone..juz imagine..


then bila dah selesai call, a few minutes later pihak hospital and polis kot call tanya lokasi dan keadaan..
masa tu aku tengok dah ada 2, 3 orang berhenti tolong mangsa..ade yang jaga jalan, ada yang dekat mangsa..aku mmg tak pergi dekat dengan mangsa..takut pon ada..tengok dari jauh je..

aku nak cerita keadaan kemalangan tu tapi tak tau nak bagitau macam mana..

oh ye..dua2 arah jalan adalah 2 lane...Jarak van tu dengan mangsa agak jauh..dan jarak dengan kesan break sume2 agak jauh jugak..topi keledar mangsa dah tertanggal...


beberapa minit kemudian, Domba cakap, mangsa dah tak da..dah meninggal...Innalillah...
aku punya la terkejut, sedih..pertama kali aku berhadapan dengan situasi macam ni...
secara kasar, apa yang aku mula2 nampak mangsa dari dalam kereta, mangsa tak bergerak, tapi tak nampak banyak pendarahan..tapi bila Domba bagi tau sampai meninggal, mesti kecederaan dia parah..bila polis dan pihak hospital sampai, diorang pon periksa la sume2 nya...untuk pengetahuan korang, aku adalah pemegang kad bulan sabit merah, yang mana aku harus membantu sesiapa sahaja yang memerlukan..dan aku juga telah dilatih oleh JPAM untuk emergency response..tapi aku tak tolong satu apa pon masa tu...sedih dan rasa bersalah..tak praktik kn apa yang aku belajar kepada keadaan yang sebenar...hmm

tapi yang kami terkilan, tak ada seorang pon saksi kemalangan yang berhenti untuk menolong mangsa dan memaklumkan keadaan sebenar punca kemalangan..yang kami tahu, mangsa dah terbaring di tepi jalan.sorang2..siapa salah, siapa betul, Wallahualam..

sampai kehari ini, masih tertanya-tanya, kenapa tak ada seorang pon yang berhenti, tolong mangsa..aku percaya ramai yang menyaksikan detik kemalangan tersebut sebab sepanjang perjalan, banyak je kereta di hadapan kitorang..mustahil tak ada yang nampak...hmm..Wallahualam..tak tau nak cakap apa..mungkin tak perasan???? mungkin takut nak berhenti dan mungkin ada macam2 alasan lain..dan masih tak sangka itu adalah kemalangan yang meragut nyawa seorang hamba Allah...

apa2 pon, aku ingin mengucapkan takziah kepada keluarga arwah...semoga roh nya di tempatkan disisi orang yang beriman...

p/s: bapa kepada seorang kawan baik aku telah kembali ke rahmatullah baru2 ni...Be strong amel..we love u..

Al-Fatihah





Thursday, November 1, 2012

Labbaikallah hummalabbaik


Realiti nye sudah lame aku datang ke tempat ini
tapi segalanya masih tersemat diingatan
bagi orang yg tak pernah travel over the sea jauh2 ni macam aku ni
mane la penah naik flight
time ni la kali pertama naik flight
of course excited..lagi2 destinasinye adelah tempat idaman semua umat Islam seluruh dunia.


betul kata orang..sesiapa yang pernah datang, Allah akan titipkan rasa kerinduan yang menggamit hati untuk terus berusaha datang lagi dan lagi dan lagi ke sana..InsyaAllah..rezki dari Allah...
bila terdengar orang bercerita keadaan disana, automatik kite akn jadi tertarik...dan semua pengalaman kite akn jadi flashback.


keramaian orang disana...ketenangan berada di masjidilharam...cuace yang panas tapi tidak berpeluh..
bangun di awal pagi..tawaf, saie..tahlul...air zam2..semua tu tak akan pernah dilupakan.




di hadapan jabal uhud


jabal rahmah...
ramai kate bile ade kat sini doalah untuk dapat jodoh yang baik..siap bole tulis nama ke hajat kt batu atas bukit tu..heh..aku xwat sbb xde marker pen time tu...tapi seharusnye kene igt, bkn kat sini je doa untuk jodoh, then kompem2 makbul...waallahualam..doalah setiap mase..kn
bile dah turun bukit rase letih sbb da panjat tinggi kan..so disebabkan haus n letih, turun2 terus beli eskrem..ayah sampai due eskrem die..huhu (ayh pegang eskrem aku sbb ak nk tgkp gmbr)
saie..ulang alik dari bukit safa ke bukit marwah 7 kali...bayang kn kalau kite mmg jarang2 jln jauh or jln byk, mmg agk mengah la..aku yg muda bertenaga pon rase letih, macam mana pulak makcik2/pakcik2 yang da uzur tu kan..diorang mmg tabah..niat hanya kerana Allah...org lelaki tidak beralas kaki pon..bole pecah2 kaki..tp itu semua x jadi penghalang..nope..
tidak ketinggalan...ladang unta..unta padang pasir!!! dtg sini bole minum susu unta fresh..baru lps perah!!segar dari ladang..susu unta byk khasiatnye...


ladang kurma...borong la kurma!! siap bole mkn byk2 lagi kt kdai tu..konon2 nak rase.heh..sekali pandang pokok kurma tu mcm pokok sawit je!!huhu

keindahan masjid nabawi...tidak tergambar perasaan time ziarah  Raudhah, makam Rasulullah..syahdu..ingat lagi keadaan yang bersesak dengan ramai jemaah lain...orang yang ramai sampai time nk solat sunat tempat sujud pn kne cari2 ruang n nk rukuk pn terlanggar2 orang...mungkin skrg da lain kot..semoga diberi kesempatan lagi untuk ziarah rasullulah..amin..

semoga kita semua diberikan kesempatan untuk pergi ke sini..lagi dan lagi dan lagi...berazam!!..amin2...insyaAllah..


#fuhh...terlepas jugak hajat nak tulis pasal ni#