Thursday, April 11, 2013

FOBIA



Dear all.

Semenjak kecil lagi, tak pernah ketahuan pulak aku ni takut atau fobia dengan apa-apa benda.
Kira jenis yang semua boleh lentung jela.
Panjat tinggi-tinggi? no hal


Masuk air? takut sikit2 je..tapi still boleh enjoy!


Fobia dengan lelaki? tak kahwin la i nanti...tet!

Takut gelap? alahai..aku lepas je kem motivasi jalan sorang-sorang dalam gelap time darjah 6.

dan sebagai nya.senarai fobia.

Namun, pada satu hari tu, aku dan kawan kena panjat bangunan untuk gantung banner program..
di sebabkan sekarang ni dah ketandusan lelaki, maka yang gegurl la buat semua benda.
then, kitorang nak gantung dari tingkat 1, tingkat  1 je pon..tapi kena panjat dinding separuh untuk menggantung. dan nye, ruang untuk pijak kat tempat gantung tu hanya la lebih kurang 1 kaki je..depan tu terus tak ada apa-apa la..kau boleh terjun bawah terus!
time tengah dok ikat2 banner tu tiba-tiba la aku ni gayat semacam. rasa macam nak terjatuh, pening, nak muntah, sesak nafas, semua hado..
tapi aku gagahkan juga sampai siap semua. 
bila dah siap, satu hal pulak nak panjat balik dinding separuh tu..tinggi paras dada la..puas haku nak mengangkat kaki.


sejak dari itu, aku terus lah gayat or fobia pada ketinggian.
pergi sawah padi, pakcik tu ajak jalan atas palung air..tak tinggi pon, dalam 1 meter.tapi dalam and tepi palung tu ada air la.
gambar orang ni tepi takde air..aku punya kiri kanan penuh padi nak masak and tepi tu ade  parit air camtu.
aku ni punye lah gayat dan terhegeh-hegeh nak jalan..si Z pulak bukan main laju jalan.siap berlari-lari anak lagi..geram aku nengok nye..

kehidupan aku sekarang ni rasa kekurangan sesuatu..aku tak lagi merasai keseronokan berada di tempat tinggi..walaupon aku berada di PUNCAK alam.
Selepas insiden tu, belum try lagi pergi genting naik roller coaster ok ke tak..kalau aku rasa takut, hilang satu nikmat dunia..isk3



No comments:

Post a Comment