Friday, October 10, 2014

5 PERKARA

5 PERKARA

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
Sihat sebelum sakit

Ayah merupakan pesara tentera, yang mana, tentera memang kena bersara awal
sebab apa ye? mungkin sebab umur dan stamina yang optimum untuk tentera ni.
yelah. kalau tak larat, macam mana nak jaga negara, ye dok..
Sarjan misai..bukan wak doyok!

Hari raya Aidilfitri 1435H

Anda boleh imagine macam mana rupa ayah masa muda
Dengan misai dan joe jambul nya..peh..memang hensem habes

Di Jabal rahmah, 2011

Ibu pulak suri rumah teres sepenuh masa.
Tak pernah bekerja. 
Tapi ibu kata, masa muda-mudi dulu dia selalu ikut kursus masak, jahit/kait dan sebagainya.
Siap ambil tempahan lagi.
Katanya takdelah duk diam je selain jaga anak-anak yang nakal

Menjadi isteri kepada seorang tentera menyebabkan ibu selalu ditinggalkan
sob sob sob
Menjadikan ibu seorang yang lebih tabah
Mereka juga selalu berpindah randah, dari satu kem ke satu kem seluruh Malaysia
(aku rasa macam buat karangan sekolah rendah: "Ini Keluarga Saya")
Ada abang aku yang lahir kat Sarawak sebab masa tu duduk kem Sarawak
Jadinya, abang aku (baju biru pekat tengah) pun dilahirkan dengan rambut kerinting, kenan orang Sarawak..hikhik

Nak ditakdirkan, setelah pencen, kami sekeluarga berpindah ke Felda Palong 4 dari Melaka
Kami sekeluarga tu, tak termasuk aku, sebab aku belum wujud
Ibu kata masa mula-mula pindah, susahnya Allah saja yang tahu
Betapa ibu taknak dan payah menerima
Tapi sekarang, inilah tempat yang paling aman bahagia selesa bagi dia

Sekolah rendah aku dekat je dengan rumah
tapi kalau jalan kaki, lencun jugak la ketiak baju dek peluh masham

Masa aku darjah enam, ada tragedi yang tak dapat aku lupakan sampai hari ni
Ayah jatuh sakit secara tiba-tiba
Masa tu aku dalam persiapan untuk UPSR
Ayah yang selama ni menjadi tunggak keluarga tidak lagi berdaya untuk seketika

.................bersambung.........................


Friday, July 4, 2014

Sungai Chiling & Fraser Hill

Rambut sama hitam, hati lain-lain
tak kisah lah tu semua
yang penting hargailah orang di sekeliling kita

Kali ni, aku sempat manghabiskan masa berkualiti bersama kawan-kawan
konon-konon reunion la sebab sume dah start kerja
tinggal haku jah yang masih mengganggur

Anyway, tempat pilihan adalah SUNGAI CHILING
Tema: PICNIC


Siap pasang khemah taw.memang betul-betul picnic
Khemah kitorang pinjam dari persatuan EHSAN, dari student ENVI..macey...keh3


Lupa pulak nak ambik gambar makanan
Menu haritu adalah ayam barbecue, resepi from Mira Ghaffar..memang terbaik!!!
Ada coleslaw, mihun goreng, harap-harap bukan mihun cap masjid la!!! lol
ada fries, nugget, sandwich, jajan dan macam-macam lagi...memang tak lapar lah
preparation makanan kitorang buat malam sebelumnya.


kitorang sampai agak scaawal, so orang tak ramai lagi.bole pilih port klang yang best sikit
lepas makan, mandi, lepas mandi, makan, mandi, makan, mandi, makan............sampai perut kenyang, sampai jari kecut-kecut, sampai orang dah mula ramai, usha-usha port kitorang.


setelah puas semuanya, boleh lah bersiap-siap dan mengemas.
cuaca pun dah makin panas..
dan makanan yang belum habis tu, sementara tunggu yang lain siap, kita perabih kan dulu..
tak baik membazir..
oh ye.khemah tu guna nya untuk kami bersalin baby kulit baju..tak tidur sana pun..area kitorang mandi ni, tak perasan pulak toilet kat mane.

setelah selesai semuanya, hari masih muda.
otak masing-masing ligat pikir nak kemana lepas tu
so yang terhampir adalah FRASER HILL!!!.. 


Its FRASER'S HILL taw, bukan ERASER'S HILL..lol


Bila kata nak tangkap gambar, mcm nilah...ni depan ape ntah, lupa pulak..depan padang.....


 antara tempat-tempat atau port-port yg boleh dilawati dan untuk kenangan abadi bergambar



depan dataran rasanya..>duduk bersepah<


>dah duduk berkumpul dah!!!<

 
lepas tu berpura-pura!!

menara jam..menara ke? boleh la ...tempat wajib bergambar!!!






kadang-kadang aksi kita bergambar secara tidak sedar telah mengdown kan org lain


takpe-takpe..aku maafkan!!!


tempat untuk water activities..boleh main kayuh-kayuh kat tasik


rombongan cik joyah


sang sang bunga di antara bunga-bunga!!




last but not least, selfie!!!! monopod takde? tak jadi hal...pro memang mcm ni..










Sunday, March 2, 2014

CITACITAKU

Semasa aku di sekolah rendah, bila kena isi ruang CITA-CITA:___________________
Ataupon cikgu tanya nak cita-cita nak jadi ape, aku jawab nak jadi doktor.
Pernah sekali aku jawab nak jadi pediatrician…peh…rase bangga bila kawan-kawan semua tengok aku macam tak percaya atau lebih tepat tak tahu ape tu pediatrician. Cikgu pulak tersenyum simpul. Entah apa la cikgu tu fikir agak nye time tu. Aku pulak dah kembang kempis dah.

Lagi hairan, macam mana aku boleh tahu pulak pediatrician2 bagai ni..haa


Suatu ketika semasa zaman tadika, aku terkena skin infection, radang kulit atau gatal-gatal la senang cerita. Mula-mula kena dkt tangan je. Lama-lama merebak. Dah bawak klinik, terus kena refer hospital. Masuk ward kanak-kanak tu. Dalam seminggu jugak la, siap beraya aidiladha kat ward. Sejak tu la aku tahu pasal pediatrician tu..bijok tak..

Tapi ape yang aku tak pernah lupa adalah, bila bawak jumpe doktor, ade doktor tu cakap kat mak aku, anak awak ni suka main dekat longkang agak nye, tu sebab kena gatal-gatal macam ni.

Dah mak sedih, mentang-mentang kita orang kampung, orang luar dok cakap anak-anak punya permainan semua dekat tempat kotor, longkang..

Sekarang, bila teringat cita-cita tak kesampaian ni, aku mesti jadi sedih.. memang salah aku..mak aku kata, bila pergi hospital, nampak doktor-doktor muda, mak teringat kat aku, kesian kat aku tak dapat jadi doktor.. =(.. tak dapat jadi doktor bedah-bedah orang, dapat jadi doktor falsafah pon boleh la..(azam aku dalam hati)..mohon doa semuanya..amin


Thursday, January 2, 2014

FELDA DIHATIKU

Cuba mengimbau zaman aku kecil di felda palong 4 ini. Semuanya serba kekurangan.tapi Alhamdulillah. Aku tak berapa merasa kesusahan yang dirasai ayah dan ibu atau mungkin abang akak aku disebabkan aku masih kecil.

Yang aku rasa, aku sudah cukup semuanya. 
Seingat aku, aku tak pernah merasai duduk di rumah asal felda. Mungkin pernah ketika aku masih bayi atau mungkin tidak. Yang ada dalam kepala ni, rumah yang aku duduki sehingga sekarang.

Waktu kecil, jalan dihadapan rumah masih belum berturap. Tanah merah, batu merah. Lepas main, memang la kaki kau akan penuh debu.

Ayah dan ibu jarang bawa aku ke kebun. Oh ye, setiap peneroka felda akan memperoleh lebih kurang 10 ekar tanah untuk diusahakan dan suku ekar tanah untuk tapak rumah.

Setiap hari ayah dan ibu akan pergi menoreh. Masa aku kecil-kecil aku tak ingat pulak aku duduk dgn siapa. (memang banyak benda aku tak ingat.haha). tapi masa aku dah besar sikit, lebih kurang 5,6 tahun,pandai jaga diri, aku duduk dengan kawan aku, jiran dekat rumah.

Pernah sekali ayah dan ibu bawa aku pergi kebun. Pagi-pagi aku tak mandi pun. Bangun tidur terus naik motor pergi kebun bawak bekal roti. Masa dikebun, aku ikut jela ibu dan ayah aku sambil peluk roti. Bila rasa lapar, aku makan roti tu. Ada satu masa, time aku nak makan roti, ada seekor monyet rampas roti tu dari aku. Kurang ajar punye beruk. Memang menjerit lah. Sekebun dengar sampai luruh-luruh daun pokok.

Kalau nak dibandingkan felda sekarang dengan felda dulu, memang sangat berbeza. Jauh sangat berbeza. Rumah dulu, rumah asal, papan. Rumah sekarang rumah batu. Lagi-lagi ada bantuan felda untuk bantuan rumah. Semua dah cantik. Jalan memang dah bertar dah semua. Walaupun tak sebesar highway.heheh. 

Duduk felda, dulu orang cakap orang susah. Sekarang duduk felda, orang kata orang senang. Dulu felda takda saham-saham, sekarang dah ada FGV, koperasi permodal felda (KPF). Kalau dekat palong 4 ni, dulu getah, sekarang dah sawit. Dulu lain, sekarang lain.


Hidup ni ibarat putaran roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita dibawah. Apa yang penting, kita kenalah sentiasa bersyukur dan beringat. Susah dan senang tu semua dugaan Tuhan. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi. Siapa kata anak felda tak boleh berjaya?