Monday, November 19, 2012

KESEMPATAN

Sebagai manusia biasa, kita hanya mampu merancang...Allah Taala juga yang menentukan..
Tidak dinafikan kita akan sering tertanya-tanya, mempersoalkan.
perkataan  seperti "kalau la die tak bla bla bla",,,selalu akan kita cakap bila sesuatu perkara tak elok tu berlaku..
ape2 pon, redha dan pasrah adalah jalan terbaik untuk menenangkan hati dan menjawab setiap persoalan.

menjadi orang yang terpilih untuk mendail 999 bukan lah sesuatu yang aku pernah terjangka..
selalu berlakon dalam latihan BSMM, atau pon emergency response team, mock drill, fire drill...
tapi kali ini memang berbeza!! its for real!!! saya ulang FOR REAL...memang2 berlaku dan kecemasan..

Dalam perjalan dari kuala pilah ke seremban..bertemankan seorang kawan, Domba, kami tidak lain dan tidak bukan semestinya melalui jalan baru bukit putus..
jalan baru, bagus je...memudahkan perjalanan compare dgn jalan lama bukit putus..
sangat bersyukur ada jalan ni...tak caye bole try lalu bukit putus lama dengan bukit putus baru..serius!


Jalan Lama Bukit Putus

Jalan Baru Bukit Putus


Ok..sedang berpot pet pot pet dengan Domba, tiba2 kami terkejut dan terdiam...
Ternampak dari jalan arah bertentangan sebuah van dengan sebuah motosikal tersepit or terlekat di sisi/tayar van tersebut..dan van tu berhenti di tengah2 jalan..
hati semestinya dapat mengagak sesuatu telah berlaku..tapi tak nampak pulak apa2 berdekatan van tersebut selain motor yang tersekat tu...
perjalan diteruskan dengan kelajuan minima of kos! sambil kepala terteleng-teleng melihat apa2 yang boleh menerangkan keadaan van tersebut..

kali ni kami mmg terkejut...tergamam...seorang mangsa terbaring di tepi jalan berhampiran divider..
dan dan dan.....tak ada sesiapa pon berdekatan mangsa dan tak ada  sesiapa pon berhenti untuk menolong mangsa..
semesti nye aku yang dok kat seat sebelah dah bising2 supaya berhenti!! bayangkan tak ada sesiapa pon dengan mangsa tu..macam tak sampai hati..dan disebabkan ktorg berdua, so ade la kekuatan sikit...
so domba berhenti tepi jalan dan terus ke arah mangsa..aku stay dalam kereta call 999...aku sure tak de siapa lagi yg report accident tu..

So, dah ada orang angkat call..operator tu tanya macam2..dkt mana, keadaan macam mana sume2..dan aku pulak time tu, dan2 tak ingat nama jalan tu..payah betul nak explain kt operator tu..dengan suara yang terketar-ketar..of kos la ketar, someone was struggling to live mase tu...akak operator tu siap cakap bertenang cik nazrieza..fuh..comfirm tak boleh..then domba ada dtg ke kereta untuk ambil surat khabar, nk tutup mangsa...mula2 mmg Domba tu sorang2 je..aku tengok dia kejap dekat mangsa, kejap jaga jalan..aku tanya keadaan mangsa mcm mana...dia kata mangsa dah nazak!! gulp.....lagi la aku tak keruan..dengan operator tu try sambungkan call ke hospital 3,4 kali baru dapat..kecewa aku..3 kali try baru pihak hospital pick up the phone..juz imagine..


then bila dah selesai call, a few minutes later pihak hospital and polis kot call tanya lokasi dan keadaan..
masa tu aku tengok dah ada 2, 3 orang berhenti tolong mangsa..ade yang jaga jalan, ada yang dekat mangsa..aku mmg tak pergi dekat dengan mangsa..takut pon ada..tengok dari jauh je..

aku nak cerita keadaan kemalangan tu tapi tak tau nak bagitau macam mana..

oh ye..dua2 arah jalan adalah 2 lane...Jarak van tu dengan mangsa agak jauh..dan jarak dengan kesan break sume2 agak jauh jugak..topi keledar mangsa dah tertanggal...


beberapa minit kemudian, Domba cakap, mangsa dah tak da..dah meninggal...Innalillah...
aku punya la terkejut, sedih..pertama kali aku berhadapan dengan situasi macam ni...
secara kasar, apa yang aku mula2 nampak mangsa dari dalam kereta, mangsa tak bergerak, tapi tak nampak banyak pendarahan..tapi bila Domba bagi tau sampai meninggal, mesti kecederaan dia parah..bila polis dan pihak hospital sampai, diorang pon periksa la sume2 nya...untuk pengetahuan korang, aku adalah pemegang kad bulan sabit merah, yang mana aku harus membantu sesiapa sahaja yang memerlukan..dan aku juga telah dilatih oleh JPAM untuk emergency response..tapi aku tak tolong satu apa pon masa tu...sedih dan rasa bersalah..tak praktik kn apa yang aku belajar kepada keadaan yang sebenar...hmm

tapi yang kami terkilan, tak ada seorang pon saksi kemalangan yang berhenti untuk menolong mangsa dan memaklumkan keadaan sebenar punca kemalangan..yang kami tahu, mangsa dah terbaring di tepi jalan.sorang2..siapa salah, siapa betul, Wallahualam..

sampai kehari ini, masih tertanya-tanya, kenapa tak ada seorang pon yang berhenti, tolong mangsa..aku percaya ramai yang menyaksikan detik kemalangan tersebut sebab sepanjang perjalan, banyak je kereta di hadapan kitorang..mustahil tak ada yang nampak...hmm..Wallahualam..tak tau nak cakap apa..mungkin tak perasan???? mungkin takut nak berhenti dan mungkin ada macam2 alasan lain..dan masih tak sangka itu adalah kemalangan yang meragut nyawa seorang hamba Allah...

apa2 pon, aku ingin mengucapkan takziah kepada keluarga arwah...semoga roh nya di tempatkan disisi orang yang beriman...

p/s: bapa kepada seorang kawan baik aku telah kembali ke rahmatullah baru2 ni...Be strong amel..we love u..

Al-Fatihah





1 comment: