Sunday, December 15, 2013

PERJALANAN

Semenjak dua menjak ni, aku ada lah baca buku-buku yang berunsurkan motivasi.
Memang aku jarang-jarang baca buku macam tu.
Tapi sebab dah bosan, aku mintak kawan aku, nak pinjam buku.
tapi kebanyakannya, eh bukan..semua nya buku motivasi..hoho
aku pon pinjam lah..harap-harap bukan buku untuk aku cepat tido.zzzz

Dan ada satu buku ni yang aku suka.
Dia bukan cerita pasal facts macam : bagaimana mahu berjaya : bagaimana menangani stress..etc2
tapi buku ni pasal kehidupan dia.quite interesting.
buku itu adalah :
"TRAVELOG CINTA ABADI" by Roza Roslan.

Buku ni ada series lagi.aku belum baca..
so far yang ni dulu..and i like it.
Apa yang aku dapat dari buku ni adalah kisah kehidupan seseorang yang ingin berjaya. in fact, da berjaya da pon..

Jadi nya, aku ni nak tirulah sikit..hikhik..
no, its just nak ceritakan kisah aku pulak..hahahah
padahal bukan ada orang kisah pon..haha.
No, disebabkan blog adalah tempat yang sesuai untuk menulis, dan blog aku takde siapa baca, so i feel free to write anything..tak larat pulak nak tulis kat kertas or diary.
hehe

OK!
I've decided.i'll start from the beginning..dari zaman kecil..kecil-kecil cili api.
..........
Kisah nya akan bermula pada next entry!
InsyaAllah.

(peh..aku kene tulis thesis kat blog ke baru boleh cepat siap macam aku tulis entri-entri lain.hahah)

Thursday, November 7, 2013

rawat @ Port Dickson!

Bila ada jari terluka...kite mesti lah kene letak ubat..merawat..
kalau hati terluka mcm mane nak rawat ye..

orang kata kite kene sibuk kan diri untuk membuat kite lupa pada kesedihan..well..aku stuju la..
cara lain, buat aktiviti2 yang best...lagi best aktiviti outdoor..contoh nye...

PERGI PANTAI MAIN AIR!

aku pegi PD time tu ade 2 tujuan
1. celebrate habis degree...yahoooo!!!
2. frust (this is secret ok)

so bila atas banana boat tu aku jerit beriye la...
konon2 nak buang kan segala memori lama...ecececey..haha

kite boleh main kejar-kejar dgn kawan2..
main siram-siram air...
satu hari yang memuaskan, enjoy dan puas!!!
wa cakap sama lu.
tapi kalau kau pergi dan setakat main istana pasir, tak tau la pulak darjah kepuasan dia sama ke tak.ok

Muzium Tentera Darat Port Dickson

Kitorang mulakan pengembaraan dengan melawat muzium tentera darat port dickson.
ikutkan hati nak je kitorang terus terjun laut, tapi time sampai sana betul-betul waktu tengahari.
so, sambil-sambil tunggu matahari condong sikit, kita melawat lah muzium ni.

Keretapi tanah melayu!
Time kitorang melawat tu sebenarnya muzium tu tutup!! nasib baik ada encik baik ni benarkan kitorang masuk.hahah..
nak tau apa ada kat sana? ada la meriam, keretapi dan lain-lain nak tahu kena lah datang sini sendiri..>.<

Briefing.Jang sebuk ambil gambar.beriye!
Buhbye orang kampung!!!
selesai ronda-ronda muzium, kawan-kawan yang lain dah sibuk terkinja-kinja nak masuk laut..
jom!!!!


sebelum masuk laut, kita kenalah warming up dulu..
ini adalah cara kitorang warm up before masuk laut...ada style kan kan kan...!!!

get ready!!!
hiyahhh!!!! inilah free style namanya..haha
cara landing yang selamat..
dah dah la tu..bila nak masuk air nye...hah..nama pon warm up ye dok..huhu

Ini tengah planning.renang gaya apa nak buat jap lagi sampai gatal-gatal kepala..heh
kalau takut dilambung ombak, jangan la pergi pantai..

riak-riak kerisauan terserlah!
perental guide adalah diperlukan supaya menjamin keselamatan semua ye..agak-agak kurang pandai berenang tu, elok lah main di gigi gusi air je ye.

"aaa....takut air!!" dialog yang biasa didengar..

macam anak-anak kat atas ni.yang takut buat cara takut, yang kejam buat cara kejam, yang romantik buatlah cara apa pon..janji rock!!roar!!

hiyarhh...amek kau...serang!!!

kadang-kadang waktu-waktu begini lah akan terserlah sifat sebenar rakan-rakan anda..jenis yang suka memboikot dan dengki..haha

u pegang i, i pegang u ok! aip2..girls only!!

sifat tolong menolong sangat lah dititik beratkan..nak manje lebih-lebih dengan kawan pon boleh time-time macam ni..sure dia tak kan marah punye..


kena faham jugak isi hati kawan-kawan kita tu..mana lah tau kan..haha.. omey angat akak kt ats ni..hahah

"dah dah le tu.mai tolong cek sat"

kalau tak larat nak handle sorang-sorang, pandai-pandai lah mintak bantuan.walaupon time tu kawan tengah syok buat formasi-formasi romantik, cute atau apa pon.


dah puas berdiri, kita duduk la pulak..

ombak kecil.tak mencabar.baru ingat nak buat surfing.serius

kalau kau dah puas duduk, nak terlentang pon boleh.asalkan jangan tenggelam tak timbul-timbul.
dah lah..banana boat time pulak..ke ada monkey da ngap banana tu..tgl boat je??



pakai life jacket tu kena lah betul-betul.. kalau tak betul nanti, bila dah kena campak dalam laut, kau ke mana, jacket tu ke mana..tak kisah la kalau tak berapa nak cute time tu, yang penting selamat ok..

bagi sesiapa yang tak berapa nak berani masuk dalam laut, anda boleh je naik boat bersiar-siar..baju tak basah, muka maintain cun!!gerenti!

geng boboy..erk

memulakan perjalanan..dalam geng gegurl cuma ada la beberapa boboy tersesat sebab konon-konon nya untuk menjaga keselamatan gegurl..how sweet..boleh harap ke diorang, hahah

mangsa-mangsa
pakcik tu kata, akan jatuh jauh sikit lagi..ini baru gerak berapa kali ombak dah tercampak..i tak ready lagi..ceh..tak aci..dah la lima ketul je tercampak..bila dah tercampak, abes tudung cik akak kedepan kebelakang tau tak..kalau jadi begitu, tolong faham dan jangan gelak.


jatuhan yang entah kali ke berapa...*&%^#$

eh!! ni dah kenapa pakcik yang tercampak??



kalau nak tambah aktiviti boleh lah buat pertandingan naik semula ke banana boat..pemenang akan dapat banana boat.
tak faham kenapa ada sorang tertinggal kat atas banana boat tu..bukan main kuat lagi grip tali tu ye.haha
time pakcik tu tengah ronda-ronda, kalau korang sempoi, lepas jela tangan, tak payah nak pegang tali or peluk kawan kuat-kuat...bila dapat jatuh baru heaven!! sirius..tapi kalau takut, pegang jela..dah tak larat pegang, lepaskan lah dengan hati yang terbuka..redha..

rabun, tu yang besar speck tu.


adalah juga coral and ikan..janji hado..kau hado?


setelah berpenat lelah berjuang di medan lautan, akhir nya kami berjaya sebagai perwira/ti..
muka burn tak hirau!!


malam is makan time..makan lah banyak-banyak sebab siang tadi kau dah berhempas pulas kerah tenaga nak berenang naik banana boat..

puaslah hati apabila kedua-dua impian, tujuan dan hajat untuk ke sini terlaksana..
say good bye to the old memories..i've buried u all in PD..don't you dare come to my life..don't even cross my mind..past is past..ececey..

sesiapa nak test PD, sila datang..thank you.

Friday, September 6, 2013

FRIM time!!



Salam

Dear all.how to handle your stress?
Bukan nak kata aku tengah stress pon, saje nak tahu what will you do when you are stress.
                                                            (stress=talk to no one)

btw, ramai orang suka physical activities dan outdoor activities kan.
bagi sesiapa yang ada bajet besaq, boleh la hangpa pi jalan jauh2, overnight bermalam2.
tapi bagi sesiapa yang berbajet rendah macam aku, haaa.... anda masih boleh berpoyo-poyo berpoya-poya.

so, yang paling terdekat sekali ialah FRIM.
sesiapa yang dah pergi, very good, sesiapa yang belum, curilah masa pergi sana.

masa pon kena curi sekarang ni, punyalah busy! <---- br="" buka="" haku..=""> Sesiapa pencinta wanita alam mesti suka pergi sini.

1. Jungle trekking

uolss boleh jalan-jalan sambil menghirup air udara segar, pokok-pokok dengan litupan kanopi yang menarik.
kalau anda bertuah pada hari itu, sila parking depan padang dan menyaksikan abang-abang hensem main bola jaring sepak. jangan lupa pom-pom sekali.untung-untung abg hensem tu hadiahkan gol!


Di awal perjalanan semestinya gumbira, bertenaga dan excited!
Jangan dilupa camera OK...


bekalan duniawi dan ukhrawi jangan dilupa ye..abes kau dah penat bejalan nak menggagau makan ape..


tengok tu canopy pokok sangat lah cantik, Subhanallah.. takde pon nak clash-clash.. korang je yang yang suke clash-clash bagai.

2. Canopy walkway...

Kat sini ade canopy walkway...jambatan gantung..bes la jgk..tapi time cuti, ramai gila umat, puas nak beratur tunggu turn jalan kat jambatan gantung tu..but, worth it la penantian tu..heh

Nak sampai ke walkway tu, korang mestilah mempunyai azam yang tinggi ye sebab kena panjat bukit.aha!


berdasarkan gambar diatas, ade nampak tak darjah keazaman yang melambung tinggi!!!


kalau penat, takde siape nak larang korang daripada rehat sekejap..sambil-sambil rehat, boleh la cuci mata orang yang lalu lalang..baru hilang penat!! ahahhaha


nampak tak muka penat disitu..


biaselah..sementara tunggu turn, ada la faedah nye kita mengabadikan barang sekeping dua potret..


kot-kot la beruntung, ade pulak la tourist japan kat belakang kitorang..ni bukan kitorang yang nak mintak bergambar taw, diorang yang nak..haa..jangan jeles..

bermulalah penyeberangan!!! 
jambatan goyang-goyang!!!

ade pitstop...bergambarlah..ape lagi!!
view dari skybridge~

berhenti lagi...

huargghh..sape takut tinggi, pandai-pandai la ye..

3. Mandi sungai...

So, setelah berhempas pulas panjat-panjat pokok bukit tu, anda boleh la melegakan urat-urat kaki tangan yang dah longgar-longgar tu.. sangat lega bila berendam dalam air sejuk...refreshing!!! dont miss it!!

cik akak bersukeria!
makanan yang diusung sepanjang perjalanan, time ni lah kita nikmati nya..setelah penat lelah, perut lapar, so memang nasi lemak yang sejuk pun sangat la menyelerakan!! ahah

KESIMPULAN

Hargai dan nikmatilah keindahan yang ada...cherish your every single moment!!!