Sunday, March 2, 2014

CITACITAKU

Semasa aku di sekolah rendah, bila kena isi ruang CITA-CITA:___________________
Ataupon cikgu tanya nak cita-cita nak jadi ape, aku jawab nak jadi doktor.
Pernah sekali aku jawab nak jadi pediatrician…peh…rase bangga bila kawan-kawan semua tengok aku macam tak percaya atau lebih tepat tak tahu ape tu pediatrician. Cikgu pulak tersenyum simpul. Entah apa la cikgu tu fikir agak nye time tu. Aku pulak dah kembang kempis dah.

Lagi hairan, macam mana aku boleh tahu pulak pediatrician2 bagai ni..haa


Suatu ketika semasa zaman tadika, aku terkena skin infection, radang kulit atau gatal-gatal la senang cerita. Mula-mula kena dkt tangan je. Lama-lama merebak. Dah bawak klinik, terus kena refer hospital. Masuk ward kanak-kanak tu. Dalam seminggu jugak la, siap beraya aidiladha kat ward. Sejak tu la aku tahu pasal pediatrician tu..bijok tak..

Tapi ape yang aku tak pernah lupa adalah, bila bawak jumpe doktor, ade doktor tu cakap kat mak aku, anak awak ni suka main dekat longkang agak nye, tu sebab kena gatal-gatal macam ni.

Dah mak sedih, mentang-mentang kita orang kampung, orang luar dok cakap anak-anak punya permainan semua dekat tempat kotor, longkang..

Sekarang, bila teringat cita-cita tak kesampaian ni, aku mesti jadi sedih.. memang salah aku..mak aku kata, bila pergi hospital, nampak doktor-doktor muda, mak teringat kat aku, kesian kat aku tak dapat jadi doktor.. =(.. tak dapat jadi doktor bedah-bedah orang, dapat jadi doktor falsafah pon boleh la..(azam aku dalam hati)..mohon doa semuanya..amin


1 comment:

  1. seandainya cita cita kita semua tercapai...maka sudah pasti malaysia akan memiliki doctor yg paling ramai di dunia..haha... =))) saye pun...dulu pernah ada cita2 nak jadi dr....dulu.....its a loonnng time ago......

    ReplyDelete